10 STRATEGI UNTUK MENAMBAH REZEKI

 In articles

Membina Hubungan Dengan Allah SWT

  1. Andaikan anda mempunyai satu ikatan terus yang menghubungkan anda terus kepada Allah S.W.T. Apabila ikatan tersebut kuat, seharusnya hubungan anda akan lebih kuat, maka apa sahaja yang anda lakukan dan apa sahaja yang anda pohon akan diperkenankan dengan segera! Kita perlu memberikan tumpuan dan bekerja keras terhadap ikatan tersebut supaya kita dipilih untuk menjadi antara mereka yang istimewa yang bergantung hanya kepada Allah S.W.T. dalam setiap aspek kehidupan dan Allah S.W.T. menyambut kepada setiap permintaan dan perhatian yang kita hamba-Nya. Ikatan tersebut dibina melalui ibadah-ibadah sunat kita, khususnya solat Tahajjud. Terdapat banyak penulisan berkenaan kepentingan ibadah tersebut dan berpegang kepadanya bukan sahaja memberi manfaat kepada kita untuk jangka masa pendek tetapi juga untuk jangka masa yang panjang.

    Allah SWT berfirman dalam Hadis Qudsi: “….Dan hendaklah hambaku mendekati kepadaKu dengan Nawal (amalan sunat), sehingga Aku mencintainya. Dan apabila Aku mencintainya, nescaya jadilah Aku (seolah-olah) pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan pemandangannya yang ia memandang dengannya, dan tangannya yang ia bertindak dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan andaikata ia memohonKu pasti akan Kuberinya, dan andaikata ia berlindung kepadaKu pasti akan Kulindunginya.” [Bukhari]

  2. Ikhlas Dalam Taubat

    Manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan setiap dosa itu seumpama kotoran yang sentiasa terpalit pada tangan kita. Kita perlu membersihkan tangan kita itu dan seterusnya memastikan ia sentiasa bersih setiap kali kita menadahkan tangan untuk berdoa. Dosa-dosa adalah seperti halangan dan rintangan yang memisahkan doa kita daripada didengari, apatah lagi dikabulkan oleh Allah SWT. Lebih banyak kita menyucikan serta membersihkan tangan kita dari dosa-dosa yang terpalit, maka lebih cerahlah peluang kita untuk didengari dan dikabulkan-Nya, Insya-Allah!

Allah SWT telah berfirman di dalam Al Quran: Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (10) “(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; (11) “Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). [Surah Nuh, Ayat 10-12]

  1. Bersyukur dan Menzahirkan Kesyukuran

    Bersyukur adalah sesuatu tindakan yang amat penting dalam usaha untuk mendapatkan lebih rezeki. Allah SWT sentiasa mencukupkan apa yang kita rasakan kurang dan oleh itu, seharusnya kita bermuhasabah dan refleksi diri. Lihatlah kepada mereka yang tidak bernasib baik dan sentiasa kekurangan berbanding diri kita. Bayangkan apa yang akan berlaku kepadamu jika nikmat-nikmat yang sedang kita nikmati hari ini ditarik oleh Allah SWT.

    Allah SWT telah berfirman di dalam Al Quran: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” [Surah Ibrahim, Ayat 7]

  2. Berbelanja di Jalan Allah SWT

    Apa sahaja yang kita miliki harini sebenarnya bukanlah milik kita. Segala harta benda yang kononnya milik kita hanyalah pinjamad daripada Allah SWT untuk hanya suatu tempoh masa yang Dia tetapkan. Tiada apa yang akan berkekalan buat selamanya kecuali sumbangan kita di jalan Allah SWT. Segala sumbangan tersebut akan akhirnya dikira sebagai ‘pelaburan akhirat’ yang mungkin akan kita nikmati di akhirat kelak hasil daripada apa yang telah kita laburkan di dunia. Lebih banyak yang kita sumbangkan hari ini, maka akan lebih banyaklah hasil-hasil pelaburan kita di hari akhirat nanti. Bukan itu sahaja, Allah SWT turut menjanjikan ganjaran di dunia yang sementara ini untuk segala sumbangan kita. Insya-Allah.

Allah SWT telah berfirman di dalam Al Quran: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki” [Surah Saba, Ayat 39]

  1. Menjaga Tali Persaudaraan

    Kita mencari redha Allah SWT dengan menunaikan tanggungjawab kita kepada saudara kita. Mereka punyai hak ke atas kita dan dengan cara menunaikan hak mereka akan mengukuhkan hubungan persaudaraan antara satu sama lain, sekali gus akan menambahkan rezeki kita.

    Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Siapa yang suka untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturrahim.” [Al-Bukhari, # 5985]

  2. Senaraikan Permintaan Kita Dalam Doa

    Tuliskan apa yang kita mahu supaya kita dapat melihat dan fahamkan apa sebenarnya yang kita mahukan dengan jelas. Tidak cukup untuk kita sekadar meletakkannya di dalam kepala. Sebelum apa yang kita hajati itu dikabulkan-Nya, senarai doa yang jelas adalah langkah-langkah awal untuk anda lihat apa sebenarnya yang anda pohonkan. Baca dan memohonlah doa kepada Allah SWT berulang-ulang kali seperti kanak-kanak kecil yang tidak henti-henti meminta supaya dibelikan gula-gula. Bermohonlah secara bersungguh-sungguh dan anda seharusnya JELAS akan sebab dan mengapa kepada apa yang anda mohonkan. Persoalan MENGAPA di sebalik permintaan anda mungkin adalah satu titik tolak kepada doa-doa anda. Saya mahukan kejayaan dalam perkara ini SUPAYA SAYA DAPAT MEMBANTU ORANG LAIN agar mendapat keredhaan Allah SWT.

    Tiada apa yang mustahil bagi Allah SWT. Hanya imaganasi kita yang terhad yang menghalang kita daripada mempercayai kekuatan doa. Bergembiralah saudara- saudaraku, kerana doa kita mampu untuk pergi ke tempat-tempat di mana imaginasi kita

tidak mampu untuk pergi. Maka janganlah berhenti meminta dan janganlah berputus asa kerana Allah SWT sentiasa mampu untuk merealisasikan apa sahaja.

  1. Menjaga Ibadahmu

    Sebagai hamba-Nya, tugas kita adalah taat dan mengabdikan diri kepada-Nya serta mengejar redha-Nya. Kita hanyalah perlu melakukan apa sepatutnya seorang hamba lakukan. Bagaimana kita boleh mengharapkan ganjaran atau upah apabila kita gagal melaksanakan tugas-tugas yang sepatutnya kita selesaikan? Ia juga adalah satu tanda keangkuhan apabila kita mengambil dan menikmati apa sahaja yang Allah SWT kurniakan kepada kita, dan sentiasa meminta-minta untuk mendapat lebih kurniaan tetapi pada masa yang sama tidak mengendahkan panggilan untuk taat dan mengabdikan diri kita kepada-Nya.

    Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWT berrman, wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahKu, maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya, maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” [Musnad Imam Ahmad, Tirmidhi 2466, Ibn Majah 4107. disahkan dalam As-Saheehah 1359.]

  2. Kebenaran – Kejujuran & Keadilan Dalam Berdagang

    Transaksi yang telus dan benar akan diberkati Allah SWT dan akan diredhaiNya dalam sepanjang urusan transaksi tersebut. Seorang Muslim sememangnya patut bertindak jujur dalam apa jua transaksi kerana itu adalah sifat semula jadi Muslim. Ia adalah sifat kita untuk melakukan kebaikan dalam setiap perkara yang kita lakukan. Kejujuran kita akan meninggalkan kesan kepada orang lain bahkan ia akan menjadi satu dakwah kepada yang terkesan kepada hasil kejujuran kita. Sesungguhnya kita adalah refleksi kepada apa yang kita lakukan, bukan apa yang kita ucapkan.

    Nabi Muhammad SAW bersabda: “Dua pihak yang berurusniaga mempunyai pilihan (untuk meneruskan atau membatalkan jualbeli) selagi belum bersurai. Maka apabila keduanya jujur dan berterus terang (jika ada ke’aiban pada jualan) maka akan diberkati bagi keduanya atas jualbeli dan jika keduanya menipu dan menyembunyikan (ke’aiban pada jualan) maka luputlah keberkatan bagi keduanya.” [Muslim, # 3836]

  1. Berusaha Mencapai Ehsan

    Bagai mengalir dalam darah seorang Muslim bahawa setiap pekerjaan haruslah dilakukan dengan cara yang paling baik. Keupayaan untuk merasakan bahawa Allah benar-benar bersama kita dan menyaksikan setiap gerak-geri perbuatan kita akan memberikan kita suntikan semangat untuk bersungguh-sungguh menjayakan sesuatu dengan harapan akan diterima oleh-Nya, Allah Yang Maha Kuasa. Ehsan adalah kesempurnaan, kecantikan yang tiada gambaran, bawaan jiwa yang paling ampuh. Pengibaratan Ehsan itu adalah mencuba sehabis baik untuk mancapai kejayaan, ianya adalah puncak bagi segala yang baik dan pada hujungnya ianya dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah SWT.

    Lantaran usaha menggapai Ehsan dapat mengubah kita luar dan dalam. Mengubah kita daripada manusia biasa-biasa kepada manusia luar biasa yang akan berusaha sehabis baik dalam setiap yang kita kerjakan, kerana hanya yang BAIK sahajalah yang selayaknya dipersembahkan untuk Allah SWT.

  2. Tawakkal

    Tawakkal bermakna meletakkan kepercayaan kita kepada Allah – percaya bahawa Dia sahaja yang berupaya menangkal mara bahaya dunia, mengurniakan keberkatan dan rezeki, dan yang memudahkan urusan apabila kita berasa payah. Tawakkal juga bermakna berlapang dada dalam menerima apapun keputusan yang Dia putuskan walaupun itu betentangan dengan apa yang kita khayalkan. Sebahagian daripada tawakkal adalah bekerja dan berusaha dengan keyakinan bahawa Allah pasti menjaga seluruh urusan kita. Percaya bahawa Allah akan membantu kita dalam menghadapi dugaan juga merupakan cabang tawakkal. Memiliki takwa adalah tunjang utama tawakkal, maka semakin tinggi darjat ketakwaan kita, semakin tinggilah tahap tawakkal kita terhadap Allah SWT.

    Umar Ibn Al-Khattab RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jikalau engkau meletakkan rasa percaya kepada Allah (Tawakkal) sepertimana selayaknya Allah menerimanya, nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada kalian seperti seekor burung, pagi-pagi ia keluar dari (sarangnya) dalam keadaan lapar dan pulang di hujung hari dalam keadaan kenyang.” [Sheikh Al-Abani’ Silsilat Al-Sahihah, # 310]

Comments
  • ZUHAIRI
    Reply

    NAMA SAYA ZUHAIRI BOLEH TERUS HUBUNGI SAYA DI 0126290989, SAYA MAHU BERUBAH. MOHON PANDUAN DARI PIHAK TUAN

Leave a Comment

0