5 Perkara Yang Dilakukan Oleh Orang Kaya

 In articles, Simpanan

#1Kadangkala kita tersalah anggap bahawa orang kaya selalunya lahir didalam keluarga yang sudah memang kaya dan sangat sedikit yang berjaya dengan tangannya sendiri. Mungkin ada yang benar, tetapi bukan kesemuanya.

Ramai diantara mereka perlu berusaha keras sebelum mencapai tahap di mana mereka berada sekarang dengan melakukan perubahan-perubahan dari segi sikap mereka. Tak semestinya semua ‘ready-made’. Lihat sendiri orang-orang ternama seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari, pengasas err.. banyak lah syarikat dia dan Tan Sri Mustafa Kamal, Pengasas MK Land. Mereka bermula dari ‘bawah’.

Terdapat banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari mereka yang telah berjaya. Antaranya adalah sikap mereka, kegigihan dan juga kecekalan mereka.

Apakah yang mereka lakukan yang ternyata berbeza dari kita? Berikut adalah antara 5 perkara tersebut.

1. Kepuasan Yang Ditunda

Salah satu daripada ciri terpenting yang dilakukan oleh mereka yang telah menjadi berjaya adalah kesanggupan untuk melakukan sesuatu pada hari ini bagi mendapatkan kemewahan pada hari esok, atau dalam erti kata yang lain, kepuasan yang ditunda. Buat sehabis baik pada hari ini dan ‘enjoy’ kemudian hari.

Ini bermakna mereka sanggup untuk hidup bersederhana dahulu sebelum mereka mencapai matlamat kewangan mereka.

Meskipun rakan-rakan di sekeliling mereka menunjukkan kecenderungan untuk menjalani kehidupan yang baik dengan kemewahan, mereka yang mempunyai matlamat kewangan yang jelas untuk menjadi kaya akan bersabar melalui fasa ini.

Sementara orang lain menyimpan 6-10% daripada pendapatan tahunan – kebiasaannya untuk persaraan – orang yang bercita-cita untuk menjadi kaya ini biasanya akan menyimpan 20, 30, 40 malahan 50% atau lebih lagi daripada pendapatan mereka. Bayangkan berapa banyak duit yang anda mampu simpan dalam masa 10 tahun sekiranya anda menyimpan separuh daripada pendapatan anda sepanjang tempoh itu?

Hakikatnya, tiada orang yang perasan bahawa ini adalah salah satu daripada sebab mengapa orang percaya bahawa kekayaan yang sebenar adalah kekayaan yang terkumpul secara senyap-senyap, tanpa disedari.

2. Sikap Berjimat-Cermat Dalam Berbelanja

Salah satu sebab mengapa orang yang kaya mampu mengumpulkan harta kemewahan yang banyak adalah kerana mereka bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu. Orang yang berusaha keras untuk menjadi kaya ini tahu bahawa anda tidak akan berjaya mendapatkan sesuatu sekiranya usaha anda tidak setanding dengan matlamat yang anda ingin capai.

Gabungan antara sikap berjimat-cermat dan sikap menunda sesuatu kepuasan adalah satu daya tolak yang hebat untuk menjadikan seseorang itu kaya. Bukan sahaja anda berbelanja sedikit yang mungkin, anda juga seboleh-bolehnya akan berusaha mendapatkan potongan harga sewaktu anda berbelanja. Sementara kebanyakan orang membeli rumah yang paling mahal yang mereka mampu miliki, orang yang kaya pula akan membeli sesuatu dalam lingkungan kemampuan mereka dan membeli rumah yang paling murah. Mereka akan bertanya kepada diri mereka, “berapa buah rumah yang kita mampu miliki?” Ini juga sama seperti membeli kereta, sekiranya seseorang mahu menjadi kaya satu hari nanti, dia akan membeli kereta yang dikatakan tidak mengikut trend dan berkemungkinan membeli kereta terpakai.

3. Elakkan Berhutang Sebagai Pengguna – Atau Sebarang Hutang

Salah satu kelebihan berjimat-cermat dalam berbelanja adalah dengan sentiasa mengurangkan perbelanjaan, anda juga akan mengurangkan keperluan anda untuk berhutang. Sekiranya anda merancang untuk menjadi kaya, inilah yang seharusnya anda lakukan. Hutang menggambarkan pengurangan kepada aliran tunai anda di masa hadapan dan inilah yang mahu dielakkan oleh orang kaya. Dengan membayar sesuatu secara tunai, anda tidak akan terikat kepada sesuatu yang akan mengurangkan kemampuan anda untuk menyimpan duit dengan lebih banyak.

Perhatikan bagaimana usaha untuk menyimpan jumlah duit yang banyak akan menyebabkan penjimatan dalam perbelanjaan yang seterusnya akan membolehkan kemampuan anda untuk membeli tanpa berhutang; ketiga-tiga gabungan sikap ini akan membentuk anda menjadi orang yang kaya sehingga melebihi jangkauan daripada orang lain.

4. Memilih Pelaburan Rendah Risiko/Tinggi Pulangan

Sekiranya anda mahu menjadi kaya, peraturan pertama dalam pelaburan adalah untuk tidak kehilangan duit. Sekiranya anda ada duit yang sedikit untuk dilaburkan, anda mungkin akan cenderung untuk meletakkan kesemuanya di dalam stok yang tinggi risiko dengan mengharapkan pulangan yang besar untuk menjadikan anda kaya.

Tetapi sekiranya anda mempunyai – atau berharap untuk mempunyai – sebuah portfolio yang hebat untuk melabur, anda mungkin tidak akan mengambil risiko itu. Pelaburan anda adalah di dalam aset yang sukar untuk susut nilai, berpotensi untuk berkembang luas, serta menyediakan aliran tunai yang kukuh untuk anda sementara ianya berkembang.

Bagi orang yang sedang dalam perjalanan menjadi kaya (bakal orang kaya baru!), mereka mungkin akan melabur di dalam aset yang rendah nilainya (dan menjadikan ia sukar untuk berkembang), stok ‘blue-chip’ (saham yang kukuh) dengan rekod pulangan dividen yang tinggi (aliran tunai yang stabil). Dia tidak memerlukan sesuatu pelaburan untuk menjadikan dirinya kaya – kerana dia sudah mempunyai perancangan menjadi kaya dan hanya mahukan kekayaannya untuk berkembang dengan stabil dan terancang.

5. Utamakan Yang Utama

Sikap ini merupakan sebahagian daripada sikap yang baik – mungkin ianya adalah hasil daripada menjalani kehidupan dengan aspek kewangan yang kaya, berjimat- cermat, bebas hutang dan dipenuhi dengan pelaburan yang rendah risiko/tinggi pulangan.

Walau apapun yang menjadi faktor penggeraknya, sikap ini menjadikan orang yang kaya berupaya untuk menggandakan kekayaan mereka seiring waktu berlalu.

Orang yang mahu menjadi kaya mampu untuk mengenalpasti dan focus kepada aspek kehidupan yang akan memungkinkan mereka untuk membuat lebih banyak duit.

Dengan mengutamakan perkara yang lebih utama, seseorang mampu untuk lebih fokus kepada perkara yang akan mendatangkan hasil yang lebih menguntungkan dan mengenepikan perkara-perkara yang lain.

Leave a Comment

0