Mengapa Wang Tidak Menyelesaikan Masalah Kewangan

 In articles

Kenaikan gaji atau wang terpijak yang and a harapkan, tidak akan dapat mengubah atau menyelesaikan masalah kewangan anda! Percayalah!

Apa yang saya maksudkan adalah walaupun anda memperoleh pendapatan sebanyak yang diperoleh bos anda, ianya tidak akan menyelesaikan masalah kewangan anda.

Terdapat sebuah prinsip yang terkenal yang dinamakan ‘Parkinson’s Law’ yang secara dasarnya menyatakan bahawa perbelanjaan anda akan meningkat seiring pendapatan. Jadi, sekiranya anda mempunyai keseukaran untuk membayar bil atau mengurangkan beban hutang anda, wang BUKANLAH jawapan yang anda cari.

Saya tahu bunyinya macam satu berita yang buruk, tetapi ia sebenarnya merupakan berita yang benar-benar hebat. Hal ini adalah kerana masalah kewangan (sukar untuk membayar bil, membayar hutang, terlibat dalam hutang, sukar untuk menyimpan) kebiasaannya disebabkan oleh masalah sikap. Masalah sikap pula tidak akan dapat diselesaikan dengan wang. Virusnya terletak di dalam diri kita, sikap kita.

Rata-rata orang memikirkan bahawa masalah mereka akan selesai dengan adanya wang, tetapi mereka sebenarnya tidak dapat melihat perkara yang sebenar di sebalik perkara ini. Ternyata ramai di antara jutawan yang diisytiharkan muflis.

Mereka mempunyai wang yang sangat banyak seperti yang diidamkan ramai orang, namun mereka juga mempunyai sikap berbelanja lebih daripada apa yang mereka ada.

Bagaimana untuk memperbaiki masalah sikap? Pertama, mohon pertolongan dari Allah SWT dan mulakan dengan melakukan perkara-perkara yang kecil pada satu-satu mana. Anda boleh mulakan dengan belajar caranya untuk TIDAK berbelanja lebih daripada pendapatan/ kemampuan anda. Belajar untuk katakana TIDAK.

Ini merupakan langkah yang praktikal untuk dilaksanakan tetapi saya merasakan tiada yang lebih berharga daripada merenung dan melakukan refleksi ke mana anda telah belanjakan wang anda dan bertanya kepada diri sendiri “adakah saya benar-benar memerlukan ini?”

Kita mengatakan kita PERLU akan semua yang kita ada sekarang untuk bertahan sedangkan 100 tahun yang lepas, kebanyakannya tidak wujud sama sekali. Lihat sendiri handfon yang anda sedang gunakan sekarang, 10 tahun yang dahulu, ada smartfon ke? Perlukah kits bertukar setiap 4/5 bulan?

Saya merasakan bahawa kita perlu jujur terhadap diri sendiri supaya kita dapat melihat kebanyakan daripada KEPERLUAN kita sebenarnya hanyalah KEMAHUAN kita untuk memiliki sesuatu.

Leave a Comment

0