Mulakan sesuatu dengan niat yang betul.

taqwaayah

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya…”

 Surat At-Talaq (65:2-3)

seed

Saya sentiasa tertarik dengan potensi yang tersembunyi walaupun ia sekecil benih!

Kita seringkali lupa bahawa sesuatu yang besar bermula dengan sesuatu yang kecil. Bayangkan bagaimana pokok Sequoia, yang merupakan pokok terbesar di bumi ini, bermula dari satu benih yang sangat kecil.

Tanpa kita sedari, kita telah mengabaikan tanda-tanda kebesaran Allah SWT yang terdapat di sekeliling kita dan bagaimana Allah SWT membantu setiap makhluknya.

Kita dapat lihat betapa mudahnya, hanya dengan tanah, air dan juga sinaran matahari, benih yang kecil ini dapat tumbuh membesar betahun-tahun malah mencapai puluhan dan ratusan tahun.

Tugas kita hanyalah untuk mengambil langkah kecil tetapi berterusan untuk menyemai benih tersebut. Selebihnya, kita berserah kepada Allah SWT.

Bagaimana sekiranya kita dapat mengaplikasikan prinsip ini terhadap kewangan kita?

Saya masih ingat ketika saya berusia 25 tahun, saya melalui sebuah proses transformasi diri yang membawa impak kepada kehidupan saya sehingga kini.

Saya tidak mempunyai sebarang simpanan di dalam akaun bank saya dan bil kad kredit pun sudah mencapai tahap maksima. Malah, di rumah kami, tiada apa yang tinggal untuk dimakan dan tiada sebutir beras pun untuk dimasak. Saya bersama-sama isteri saya terpaksa kerumah ibu saya supaya kami dapat mengisi perut kami yang sudah sememangnya lapar.

Saya tidak langsung pedulikan rasa malu kerana didalam fikiran saya terdapat banyak lagi masalah yang lebih besar untuk dihadapi. Saya tidak tahu bagaimana saya akan membayar duit sewa rumah, ansuran bulanan kereta dan juga bagaimana hendak menyara keluarga kecil saya. Saya juga tidak tahu bagaimana untuk menghadapi hari-hari yang bakal mendatang.

Ketika inilah saya mula menyemai benih dan cita-cita bagi mencapai kejayaan kewangan agar kami tidak perlu melalui kesusahan sedemikian lagi.

Walaupun saya tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah saya ini,

Tetapi jauh disudut hati saya, saya mahukan perubahan dan saya sanggup lakukan apa sahaja demi mencapai cita cita saya dan Alhamdulillah, dengan taufiq dan hidayah dari Allah SWT saya mula berubah.

Saya mula membaca artikel dan juga buku-buku tentang pengurusan kewangan dan mula menangani masalah yang saya hadapi satu persatu dan mengambil kuasa kembali keatas hidup saya..

Dan seperti seorang kanak kanak yang sangat mengharapkan perubahan mendadak, saya sentiasa mengharapkan ‘keesokan’ yang baru. namun begitu..

Esok tetap serupa seperti hari ini.. tiada apa perubahan yang dapat kami sekeluarga rasai

Hari demi hari.. tiada perubahan yang dapat dilihat.

Saya beli buku, baca artikel dan habis semua video youtube saya tonton – Apa sahaja yang dapat membantu saya menyemai benih perubahan – namun begitu, tiada satu pun perubahan yang dapat dilihat.

Secara jujurnya, ia mengambil saya berbulan-bulan lamanya, barulah perubahan itu mula kelihatan.

Antara perubahan positif yang pertama saya lalui ialah..

Saya tidak lagi bergantung keatas kad kredit untuk membeli barang dapur dan juga untuk mengisi minyak kereta.

Dan sedikit demi sedikit, saya tidak lagi mengulangi kesilapan didalam menguruskan perbelanjaan saya. Kini, hidup kami sekeluarga BEBAS dari belenggu kad kredit!

Kejayaan kewangan kami pada mulanya adalah untuk mengurangkan kesilapan dan mempelajari dari pengalaman yang kami lalui dulu agar tidak diulangi.

Sedikit demi sedikit, perubahan mula kelihatan. Hutang kami semakin kecil dan perbelanjaan kami pun semakin bagus dan teratur. Kehidupan kami lebih bererti dari yang dahulu. Ibadah pun lebih tenang dan kami mula melangkah untuk berfikir tentang pelaburan yang boleh kami ceburi.

Alhamdulillah, Kehidupan kami berubah pada tahun-tahun seterusnya dan kami berpindah ke rumah yang lebih selesa dan tidak memikul hutang dengan bank. Kami juga menubuhkan iMuslim Academy, sebuah institusi pengajian Islamik yang tidak berasaskan kewangan dan menganjurkan kelas kelas PERCUMA yang dijalankan harian untuk sesiapa sahaja tanpa bayaran! Alhamdulllah.

Segalanya bermula dengan benih yang disemai didalam hati.. dengan niat yang ikhlas.

“Amalan agama yang paling dicintai Allah SWT adalah yang dilakukan oleh pelakunya secara terus-menerus walaupun kecil.’”

-HR Bukhari

Nak buat apa sekarang?

Dengan izin Allah SWT, Saya telah menghabiskan 6 tahun yang lalu dengan membantu ramai orang untuk menyelesaikan dan keluar dari kemelut masalah yang mereka hadapi dan mendekatkan diri mereka kepada Allah S.W.T
seperti saya dahulu dan saya amat berbesar hati jika anda memberi saya peluang untuk membantu anda pula.

Anda boleh sertai kami sekarang, bersama-sama dengan 12,500 rakan rakan yang lain yang sedang mengikuti program percuma kami melalui langanan email.

Mulakan latihan pertama dengan menulis emel anda dibawah ini sekarang!

Sertai PROGRAM PERCUMA kami selama 10-Hari melalui emel.

PROGRAM PERCUMA kami selama 10-Hari melalui emel mengandungi pengajaran dan langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk memulakan kehidupan yang baru. InshaAllah, dengan langkah-langkah ini, anda boleh mengurangkan perbelanjaan keluarga anda, menguruskan kewangan dengan lebih baik, menjana kekayaan dan juga menyimpan wang dengan lebih effektif.

Siapa tahu, mungkin langkah ini akan menjadi batu loncatan bagi anda untuk keluar dari kemelut yang anda sedang lalui sekarang.

0