Bajet Ohsem

Free!

Pendapatan anda merupakan perkara yang paling utama di dalam membina kekayaan dan cara terbaik untuk memanfaatkan pendapatan anda adalah dengan melakarkan satu lampiran bajet secara bulanan.

Product Description

Langkah Permulaan.

Pendapatan anda merupakan perkara yang paling utama di dalam membina kekayaan dan cara terbaik untuk memanfaatkan pendapatan anda adalah dengan melakarkan satu lampiran bajet secara bulanan.

Ramai yang menganggap bahawa sistem penyimpanan ataupun pelaburan yang merupakan asas bagi membentuk keutuhan kewangan. Saya tidak menafikan bahawa ia memang penting tetapi perkara paling asas dan paling utama sebenarnya adalah lampiran bajet, kerana melaui lampiran bajet ini anda dapat meletakkan jumlah selayaknya untuk penyimpanan dan pelaburan.

Didalam lampiran bajet ini juga anda dapat melihat berapa jumlah yang dapat anda ketepikan untuk membayar dan melangsaikan segala hutang yang mungkin anda sedang menanggung.

Dengan adanya lampiran bajet ini, anda juga berpeluang untuk mengkaji semula perbelanjaan anda dan mengurangkan pembaziran sekaligus melakar perancangan seterusnya.

Namun begitu, ramai yang mengambil sikap sambil lewa dan akhirnya menjerat diri mereka sendiri dengan perbelanjaan diluar kemampuan mereka. Ini merupakan punca utama bagaimana masalah hutang berputik! Mereka tidak menulis dan merancang perbelanjaan mereka kerana ketiadaan sebuah lampiran bajet.

Mereka tidak sedar bahawa lakaran perbelanjaan ini sebenarnya merupakan jalan yang paling pantas untuk mereka mengambil kuasa keatas kewangan mereka dan juga menghindarkan masalah hutang.

Jangan risau, anda masih belum terlewat. Masa yang paling sesuai untuk berubah dan mengambill kuasa keatas kewangan anda adalah SEKARANG!

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Bajet Ohsem”

Your email address will not be published. Required fields are marked *